Thursday, January 22, 2009
Blog Ini Bukan Botok Botok
Dah diberi admin, tapi posting entry nan ado. Dulu takde camera, bising. Dah ada, tak nak guna. Amek gambar perap. Kau ingat gambar gambar tu boleh terberanak jadi duit?
Orang nak post, kau nak post. Tapi nak masukkan gambar segala tak tahu. orang nak melaser kau nak melaser. Tapi nak atur ayat sampai 3 4 hari.
Kalau boleh tulis nak memondan je. Cukuplah aku kena jaga blog Azwan Ali amboi 3x tu. Cukuplah. Ini pengaruh tidak sihat
7 Selebriti dah semakin pening. Sudahlah selebriti yang masing-masing dah berterabur. Ikut hati nak kutukar saja nama & layout. Huh! Tukar lagi
Tahniah Khai. Dah naik pangkat ke MCTV, ABC Bukit Jalil. Tak sia-sia beli kereta baru. Walopon kereta mahal, tetap kena berpanas kat ABC
Khairul pulak aku letak ingatkan nak naikkan rating. Mana tau ada yang nak cuba naseb jadi Memey Suhaiza. Tapi sayang, muka tak fotogenik. Tidak membantu!
Manzek Channel Manager kepala banna dah tak sabar nak timang cahaya mata. Dah ready dah tu segala kelengkapan. Borang My Kid pon dah siap tulis nama katanya
Boy nak pergi Grammy Award kat LA. U.S.A!! Sekali pospon bulan 5, sesia rushing buat paspot. Baru nak buat paspot? DER!
Iskay oh Iskay. Tetap konsep biskut kejap ada kejap takda. Tapi ada kemajuan. Mulot semakin puaka. Barulah konsep!
Ijai lagi satu. Lepas melahirkan Tiah Kalisah Khuzaimah Kosiroh dah berubah jadi very the emak-emak. Pakai kain batik segala. Eiii... very the kg.com
Raqim @ Raqimah Embong maha kedekut. Gaji banyak tetap setia dengan kereta azab air-cond sauna. Rosak 2 minggu sekali. Aduh!
Ada pulak yang berangan nak jadi selebriti. Walaupun muka tiada, alat sulit punya tib-tib bes, tib-tib kec. Hallo, kalau i/c tu alamat Nogori 9, tolonglah jangan simpan angan-angan
Itu je yang aku nak tulis. Blog ini untuk diisi, bukan nak diperap. Ingat apa, blog ni botok-botok ke?
Sekian
Friday, December 5, 2008
Demam Manja
Macam mana tak demam? Air cond sejuk gila, kalau ada orang peluk takpe jugak, ni asyik kena lempang je.
Jihan Razak juga sakit minggu ini setelah terkena jangkitan kuman tersebut. Shian Jian. Itu meja dia, kosong je, kalau dah sakit duk kat rumah makan ubat jangan sampai jangkit kat orang. Bagus Jihan.
Eh tetiba je si Azlina sihat plak. Biasalah nak MC palsu pepura la uols.
Yang kat atas ni pulak poster baru untuk movie antara dua darjat. Faham faham je lah Jawa, kau tidak bisa memilikinya.dan mungkin bila nanti tajuk almbumnya.
Yang kat bawah ni kompem ko boleh kahwin. Secocok. Masak Lomak Atty sodap eh. Konyang perut eden. sesuai buat bini. wak tentu siuke. Jay pun suke. tapi malu. so dia sorok belakang pokok jelah usha Atty dari jauh. Takpe Jay, Jawa tu hanya coverline kerana dia dot dot dot.
Memang sah lah Atty adalah hotstuff kat WP, semua orang syiok kat dia. Tak tahulah bomoh mana dia pakai,gusti putri kot tapi mujarab. Ingat ye atty pesanan mama juwie, Raqim ngan Manzerk beli telemovie semua bermesej, Janganlah jadi seperti drama Bisikan Azazil kerana kaulah gadis dari bintang yang paling meletop pom!
Tuesday, December 2, 2008
Dari perut turun ke hati
Walaupun restoran ini boleh dikategorikan sebagain restoran Murs, golongan bangsawan AESB yang terdiri dari golongan anak konglomerat turut gemar makan di restoren ini walau kadang kadang mungkin terasa gels kerana pinggan yang digunakan bukan dari kategori kaca seramik buatan Itali. Gadis di sisi berkaca mata hitam hanya menumpang untuk ke kategori itu tetapi tewas dari segi kereta yang di bawa dan cara berpakaian. Lihat saja gaya golongan atasan, lain bukan?
Ini dia si Jali jali, nyantik ke? Nyantik uols!REAL
Apa apa pun, restoran ni bagus sebab ia menyatukan gang gang AESB untuk bersama sama mengenyangkan perut dan nafsu kuda yang sering bergelodak bila jam 1 tengah hari.
SENARAI PEMENANG FESTIVAL FILEM 7 SELEBRITI KE-1
Lakon Layar Terbaik: Manzek ( Cubicle Itu Milikku)
Sinematografi Terbaik: Manzek ( Head of Kepala Bana)
Penyunting Terbaik: Iskay (Lambaian Kaabah)
Skor Muzik Asal Terbaik: Boy ( Bos Baru The Musical)
Filem Animasi Terbaik: Ejai ( Air Ketuban-ku Pechah)
Filem Dokumentari Terbaik: The Making of BMW 5 Series (Khai)
Filem Pendek Terbaik: Gaban
Filem Digital Terbaik: Atty (Tib Tib Bes)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Raqim (Nak Atty Punya)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Atty Atty (Nak Cicim Punya)
Pelakon Watak Jahat Terbaik: Dang Suria ( Ikan Sikit Seringgit)
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Atty ( Alahai Omak Kawenkan Den)
Pengarah Harapan: Jawa ( Misteri 270)
Pelakon Harapan Lelaki: Iskay (Lambaian Kaabah)
Pelakon Harapan Wanita: Ejai ( Air Ketuban-ku Pechah)
Lagu Tema Asal Terbaik: Syurga Idaman (Lambaian Kaabah)
Poster Terbaik: Manzek ( Head of Kepala Bana)
Anugerah Khas Box Office: Atty ( Alahai Omak Kawenkan Den)
Anugerah Khas Juri:
1. Abby (Aku dah ada sijil kahwin – KAU ADO?)
2. Mariatul Kabtiah (Eh! Tiba-Tiba)
3. Alin (Keretaku Keretamu)
Wednesday, August 20, 2008
Ke Lorong Pelacuran : Episod 1
Bagi lelaki yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai gigolo.
Untuk lebih menghayati watak seorang pelacur dan fungsi seorang Mak Ayam, Raqim dan Ejai berpeluang melihat sendiri kehidupan sisi gelap Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur
Selain terserempak dengan seseorang yang dikenali berada di hotel murahan ini, mereka sempat menemubual pasangan suami isteri yang bersungguh-sungguh membuka pekung didada.
Ikuti sambungannya pada bila-bila masa ikut suka hati penulis - Jawa.
Hotel The Chans Inn yang tercicir daripada senarai hotel di Kementerian Pelancongan.
Raqim cuba mendapatkan pelanggan.
Pandangan dalam sebuah hotel bertaraf 1 bintang.
Tetap ada lampu IKEA. Jangan tak percaya!
Bergambar kenangan sebelum pulang. Eh! Siapakah pulak kat belakang tu?
Thursday, August 14, 2008
Fesyen Dan Usia
Perkembangan fesyen bergerak pantas, seiring dengan peredaran masa. Pada sesetengah individu, kehendak ini perlu diikuti.Menjadi sesuatu yang seakan wajib pula bagi yang bergelar selebriti, menjaga penampilan dan kekal bergaya - hampir pada setiap masa.
Menarik jika mampu mengikut arus perkembangan fesyen yang sentiasa berubah. Paling bertuah jika ada penasihat imej peribadi.
Fesyen merupakan suatu yang subjektif. Perkembangannya tidak perlu disekat. Paling mustahak, usia tidak boleh dijadikan isu.
Tuesday, August 12, 2008
Anugerah Kulit Album Terbaik

Kebetulan kesemua mereka memakai baju hitam hari ini, bagai berjanji. Jadi, terus diatur sesi fotografi untuk kulit album terbaru -